Rekaan batik Suzienna juara Piala Seri Endon - Utusan Malaysia

Rekaan batik Suzienna juara Piala Seri Endon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rekaan batik bertemakan Kampung oleh Suzienna Rahim dinobatkan sebagai juara pertandingan kategori fesyen rekaan batik Piala Seri Endon (PSE) 2024di sini, hari ini. 

Kemenangan itu melayakkannya membawa pulang RM30,000 serta piala yang disampaikan oleh Permaisuri Agong, Tuanku Zarith Sofiah.

Tempat kedua dimenangi Syahrul Amirul Samsuri bertemakan Warisan yang membawa pulang wang tunai RM10,000 dan piala. 

Tempat ketiga pula dimenangi Mohd. Faizul Noorizan bertemakan Jungle Spectrum yang meraih RM5,000 serta piala.

Pertandingan Relaan Batik Piala Seri Endon 2024 menerima 35 penyertaan bagi pertandingan yang kini memasuki tahun ke-19 penganjurannya. 

Pereka perlu menghasilkan empat set pakaian lengkap iaitu satu set lengkap pakaian formal lelaki dan wanita serts satu set pakaian kasual lelaki dan wanita.

Sementara itu, tempat pertama bagi kategori kemasan lembut dimenangi kumpulan Wariseni bertemakan Kembara Alam yang membawa pulang wang tunai RM30, 000 dan piala. 

Tempat kedua dan ketiga pula dimenangi oleh kumpulan When Batik Meet Yarn dan Dinda. Masing-masing meraih RM10, 000 dan RM5, 000 serta piala. 

Lima pemenang saguhati menerima hadiah wang tunai RM1000 bagi setiap kategori. 

Pertandingan Rekaan Batik Piala Seri Endon dianjurkan oleh Yayasan Budi Penyayang Malaysia di bawah Pergerakan Batik Malaysia-Ciptaan untuk Dunia bermatlamat menyediakan platform sokongan, pengiktirafan dan dorongan bagi pembuatan batik tempatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN