Ratusan pekerja lancar mogok di Lapangan Terbang Kenya

Ratusan pekerja lancar mogok di Lapangan Terbang Kenya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAIROBI: Ratusan kakitangan di lapangan terbang utama Kenya, Lapangan Terbang Antarabangsa Jomo Kenyatta (JKIA) Nairobi, melancarkan mogok berikutan rancangan pengambilalihan oleh Kumpulan Adani dari India, menyebabkan penerbangan terhenti dan penumpang terperangkap.

Kakitangan melakukan protes sekitar pukul 9 malam, waktu tempatan pada Selasa, yang berlanjutan hingga Rabu bagi membantah perjanjian untuk menyewakan kemudahan tersebut kepada Kumpulan Adani selama 30 tahun dengan pelaburan sebanyak AS$1.85 billion.

Kerajaan Kenya berkata, perjanjian pembinaan dan pengendalian ini akan melihat renovasi pada lapangan terbang tersebut termasuk pembinaan landasan dan terminal tambahan.

Walau bagaimanapun, Kesatuan Pekerja Lapangan Terbang Kenya yang memimpin mogok dan merupakan kesatuan terbesar mewakili pekerja penerbangan Kenya berkata, perjanjian tersebut akan mengurangkan pekerjaan dan merosakkan keadaan pekerjaan.

“Mogok ini sedang berlangsung, dan semua syif ditangguhkan dan Adani mesti pergi, itu bukan pilihan,” kata Ketua Kesatuan, Moses Ndiema kepada pekerja di lapangan terbang.

Al Jazeera melaporkan pekerja merancang untuk terus mogok sehingga perjanjian dibatalkan.

Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Kenya berkata, operasi minimum bermula pada pukul 7 pagi pada Rabu, tetapi data dari Flight Radar menunjukkan kelewatan panjang dan beberapa pembatalan penerbangan masuk dan keluar dari lapangan terbang.

Di lapangan terbang utama, pegawai polis mengambil alih tugas pemeriksaan keselamatan dengan barisan panjang kelihatan di luar terminal pelepasan.

Penumpang juga kelihatan risau kerana tidak dapat mengesahkan sama ada penerbangan mereka akan berlepas seperti dijadualkan.

Sementara itu, Mahkamah Tinggi pada Isnin mengarahkan supaya perjanjian itu dihentikan untuk sementara waktu sehingga kes yang difailkan oleh Persatuan Undang-Undang dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kenya dibicarakan.

Walaupun lapangan terbang tersebut merupakan antara hab udara paling sibuk di Afrika, dengan mengendalikan 8.8 juta penumpang dan 380,000 tan kargo pada tahun 2022-2023, namun, ia sering mengalami gangguan kuasa dan bumbung bocor.

Menurut pihak kerajaan, lapangan terbang itu beroperasi melebihi kapasiti dan memerlukan pemodenan segera. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya