Ramkarpal tidak duga terima undi tertinggi - Utusan Malaysia

Ramkarpal tidak duga terima undi tertinggi

RAMKARPAL SINGH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang yang baharu, Ramkarpal Singh berkata, beliau terkejut dengan sokongan yang diterima pada sesi pemilihan Jawatankuasa DAP negeri, kelmarin.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, soko­ngan daripada perwakilan parti mengundinya itu amat dihargai.

“Saya amat bersyukur dan terharu kerana telah menerima (sebanyak) 1,247 undi (iaitu) jumlah undi tertinggi, dan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri (DAP).

“Kepercayaan dan keyakinan anda (ahli DAP yang mengundi) terhadap saya adalah sesuatu yang amat bermakna dan tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata,” kata bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu.

Kata beliau, mandat yang diberikan akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan beliau bersama ahli jawatankuasa DAP negeri yang lain termasuk Pengerusi baharu, Steven Sim Chee Keong komited untuk bekerja bersama demi kebaikan parti.

Ramkarpal sebelum itu meraih undian ter­tinggi pada sesi pemilihan Jawatankuasa DAP Pulau Pinang apabila menerima 1,247 undi diikuti oleh Steven Sim dengan 1,237 undi.

Steven bagaimanapun dipilih sebagai Pengerusi DAP negeri yang baharu selepas satu mesyuarat diadakan oleh kesemua 15 ahli jawatankuasa yang terpilih sebelum ini manakala Ramkarpal pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.

Dalam pada itu, ada pihak yang berpandangan, pemilihan Ramkarpal sebagai Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang meneruskan legasi yang di­tinggalkan oleh mendiang bapanya, Tan Sri Karpal Singh dalam parti itu.

Untuk rekod, jawatan Timbalan Pengerusi DAP negeri sebelum ini disandang oleh seorang lagi anak mendiang iaitu abang kepada Ramkarpal, Jagdeep Singh Deo yang kini me­rupakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya