Rakyat Israel berhimpun lagi, tuntut tahanan dibebaskan

Rakyat Israel berhimpun lagi, tuntut tahanan dibebaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Rakyat Israel sekali lagi turun ke jalanan di Tel Aviv untuk memprotes kegagalan kerajaan dalam memastikan baki tebusan dibebaskan, sementara serangan udara rejim Zionis diteruskan sehingga mengorbankan lebih 12 orang pada Sabtu.

Protes itu timbul seminggu selepas salah satu demonstrasi terbesar sepanjang perang ini berikutan penemuan enam tebusan yang meninggal dunia di Gaza, serta selepas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu menolak tekanan untuk perjanjian gencatan senjata.

“Saya rasa walaupun mereka yang mungkin enggan keluar, yang tidak biasa dengan protes, yang sedih tetapi lebih suka berada di ruang peribadi dalam kesedihan mereka, memahami suara kami harus digabungkan menjadi satu jeritan besar iaitu bawa pulang tebusan dengan perjanjian. Jangan pertaruhkan nyawa mereka,” kata seorang penunjuk perasaan di Tel Aviv.

Israel menghadapi tekanan meningkat daripada Amerika Syarikat dan sekutunya untuk mencapai perjanjian gencatan senjata, tetapi Netanyahu menegaskan kawalan berterusan Israel ke atas koridor Philadelphi, sebuah kawasan sempit sepanjang sempadan Gaza dengan Mesir di mana Israel mendakwa Hamas menyeludup senjata.

Sementara itu, di kem pelarian urban Nuseirat di Gaza tengah, Hospital Al-Awda melaporkan menerima mayat sembilan orang yang terbunuh dalam dua serangan udara Israel yang melancarkan dua serangan udara.

Satu serangan mengenai sebuah bangunan kediaman, mengorbankan empat orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 10, sementara lima orang lagi terkorban dalam serangan ke atas sebuah rumah di barat Nuseirat.

Di Gaza utara, satu serangan udara ke atas sebuah sekolah yang dijadikan tempat perlindungan untuk pelarian di bandar Jabaliya mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang dan mencederakan sekitar dua dozen yang lain, menurut pihak Berkuasa Pertahanan Awam Gaza yang beroperasi di bawah kerajaan Hamas di wilayah tersebut.

Serangan balas Israel di Gaza mengorbankan lebih 40,000 rakyat Palestin dan 94,00 orang cedera, menurut Kementerian Kesihatan.

Kekacauan juga meningkat di Tebing Barat yang diduduki dengan operasi ketenteraan selama beberapa hari di Jenin mengakibatkan banyak kematian dengan seorang penunjuk perasaan Amerika ditembak dan terbunuh di Tebing Barat.

Aysenur Ezgi Eygi, yang juga mempunyai kewarganegaraan Turki, ditembak di kepala, kata dua doktor Palestin dan saksi mengatakan mangsa meninggal dunia ketika sedang berdemontrasi menentang penempatan Israel di Tebing Barat. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN