Raja Muda Perlis santuni mangsa banjir - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis santuni mangsa banjir

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyantuni mangsa banjir di PPS SK Sena, Kangar, Perlis semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat bagi menyantuni mangsa-mangsa bencana banjir di kawasan Kangar, semalam.

Keberangkatan baginda ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sena itu disambut Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri, Ku Chik Ku Mat Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.

Sebanyak 14 keluarga mangsa banjir yang masih mendiami PPS SK Sena menerima sumbangan ‘MAIPs Peduli’ yang disampaikan oleh Tuanku Syed Faizuddin selaku Yang Dipertua MAIPs.

Ketika berangkat menyantuni, baginda menzahirkan ucapan takziah atas ujian dan musibah yang menimpa serta berharap agar para mangsa mengambil langkah serta tindakan perlu sepanjang menghadapi musim bencana ini.

“Penduduk di kawasan berisiko dinasihatkan agar memastikan tindakan mengurangkan risiko banjir seperti meletakkan peralatan elektrik di tempat tinggi, menyimpan dokumen penting di kawasan selamat dan memastikan pepasangan elektrik di rumah dalam keadaan tidak berbahaya,” titah baginda.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN