PTPTN tawar RM4.28 juta WPP kepada bakal mahasiswa Kelantan

PTPTN tawar RM4.28 juta WPP kepada bakal mahasiswa Kelantan

MOHD. Azmawi Fikri Abdul Ghani (kanan) menyampaikan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) kepada pelajar DUN Nenggiri yang berjaya melanjutkan pelajaran di Taman Etnobotani, Gua Musang, Kelantan hari ini.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan RM4.28 juta Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) kepada 2,853 pelajar keluarga berpendapatan rendah di negeri ini untuk memulakan pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik bagi sesi kemasukan Oktober ini.

Pengarah PTPTN negeri, Hamdan Razali berkata, inisiatif wang sebanyak RM1,500 bagi menggelakan pelajar tercicir ke IPTA atau Politekbnik disebabkan masalah kewangan.

“Pada hari ini PTPTN Kelantan telah membuat penyerahan WPP melibatkan peruntukan sebanyak RM54,000 kepada 36 bakal mahasiswa di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri. 

“Kita berharap WPP ini digunakan sebaik mungkin oleh para pelajar untuk memenuhi keperluan ke universiti dengan memanfaatkannya secara berhemah seperti membeli pakaian, peralatan, pengangkutan dan membayar yuran pengajian,” katanya pemberita selepas Program Penyerahan WPP PTPTN dan Penyampaian Sumbangan Kepada Bakal Mahasiswa DUN Nenggiri yang turut dihadiri wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani di Taman Etnobotani di sini hari ini. 

Hamdan berkata, surat tawaran WPP yang disampaikan mempunyai tempoh sah laku selama dua bulan dan pelajar boleh membuat tuntutan WPP di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad di seluruh negara.

Katanya, proses itu bermula hari ini sehingga 23 November dan mereka perlu membawa surat tawaran dan kad pengenalan.

“Wang ini diberikan kepada para pelajar yang telah membuat persetujuan menerima WPP semasa permohonan kemasukan IPTA dan Politeknik melalui UPUOnline atau melalui portal kemasukan IPTA serta memenuhi kriteria kelayakan lain yang ditetapkan.

“WPP yang ditawarkan merupakan sebahagian daripada pinjaman PTPTN dan pembayaran semula akan dilaksanakan melalui pemotongan daripada jumlah pinjaman sebanyak RM500 bagi setiap semester. Pemotongan bermula pada semester kedua dan seterusnya sebanyak tiga kali,” ujarnya.

Sementara itu, Mohd. Azmawi Fikri berkata, pihaknya akan berkolaborasi dengan pelbagai agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)  bagi membantu pelajar yang tidak berkemampuan supaya tidak tercicir dalam pelajaran.

“Pada hari ini Pusat Khidmat DUN Nenggiri turut memperuntukkan hampir RM16,000 bagi memberikan sumbangan kepada 53 pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya