Projek penswastaan perlu elak kecurangan, pentingkan kebaijkan pekerja – PM - Utusan Malaysia

Projek penswastaan perlu elak kecurangan, pentingkan kebaijkan pekerja – PM

ANWAR Ibrahim ketika melancarkan Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta di MMU, Cyberjaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap projek dalam Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta 2030 mesti menerapkan prinsip tatakelola yang lebih tegas dan tidak bertolak ansur dari sebarang kecurangan yang menjahanamkan perubahan negara.

Perdana Menteri berkata, syarikat yang diswastakan ini bukan sahaja mengejar keuntungan semata-mata, malah perlu memikirkan tiga aspek dalam mementingkan ‘keluarga’ iaitu dalam kalangan pekerja mereka.

Kata beliau, tiga aspek itu ialah menitikberatkan soal kadar upah pekerja yang setimpal, kemudahan perumahan dan Pendidikan untuk anak-anak mereka mengikut keupayaan syarikat masing-masing.

“Pengajaran yang saya nak sampaikan ini bagaimana harus kita teruskan dalam pelan kerjasama awam-swasta perlu mengambil kira konsep ini.

“Jadi peranan Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS) ini adalah untuk memastikan kepesatan kelulusan yang tidak terikat kerenah birokrasi berlebihan, tetapi tidak berganjak dengan prinsip utama tentang tatakelola dan mengelak dari sebarang kecurangan yang telah menjahanamkan sebahagian perubahan negara kita,” katanya ketika berucap pada Majlis peluncuran Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta 2030 di Universiti Multimedia (MMU) di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN