PRK Mahkota: Syed Hussien mendahului saingan - Utusan Malaysia

PRK Mahkota: Syed Hussien mendahului saingan

PARA penyokong BN bersorak kegembiraan apabila dimaklumkan calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah mendahului dengan majoriti lebih 20,000 pada pukul 7. 30 malam di Command Center BN PRK DUN Mahkota di Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah, 40, mendahului saingan dalam usaha mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dalam Pilihan Raya  Kecil (PRK), hari ini.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat pukul 7.15 malam, Syed Hussien mendahului dengan majoriti lebih 14,000 undi apabila meraih 20,032 undi.

Calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar pula mendapat 5,065 undi.

Utusan Malaysia difahamkan peratusan pengundian lebih peratus daripada jumlah keseluruhan 66,318 pengundi di  DUN Mahkota.

Hujan lebat yang berlaku beberapa kali pada waktu petang, terutamanya mulai pukul 4.20 hingga 6 petang menjejaskan kehadiran pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.

Sebanyak 20 pusat pengundian dengan 109 saluran dibuka mulai pukul 8 pagi hingga 6 petang.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya