PRK Mahkota: Mohamad Haizan calon PN? - Utusan Malaysia

PRK Mahkota: Mohamad Haizan calon PN?

MOHAMAD HAIZAN JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Perikatan Nasional (PN) dijangka membuat kejutan apabila dijangka mencalonkan Ahli Jawatankuasa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Kluang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 September ini.

Walaupun tidak menyebutkan secara tepat namanya, namun daripada bayangan yang diberikan, calon yang akan dimaksudkan bagi merampas kerusi tersebut daripada Barisan Nasional (BN)  Mohamad Haizan Jaafar, 58.

Bekas jurulatih bola sepak daerah Kluang itu dikatakan sebagai individu yang mampu memberi saingan kepada  calon BN kerana mempunyai ramai pengikut dalam kalangan generasi muda. 

Jika benar, Mohamad Haizan adalah muka baharu yang menjadi pertaruhan PN selepas Ketua Bersatu Bahagian Kluang, Mohamad Nor Linggan kecundang dalam percubaannya ketika menjadi calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac 2022.

Pemilihan Mohamad Haizan juga dibuat kerana beliau aktif dalam pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) termasuk mempengerusikan Kawasan Rumah Tangga (KRT) di Kluang.

Walau bagaimanapun,  siapa calon sebenarnya akan mewakili PN dalam PRK Mahkota hanya akan diketahui malam ini pada Majlis Pengumuman Calon PN oleh Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bilik Gerakan Utama di Jalan Dahlia, Kampung Melayu, bermula pukul 8.30 malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN