PRK Mahkota: Lebih 38 peratus mengundi hingga pukul 2 petang - Utusan Malaysia

PRK Mahkota: Lebih 38 peratus mengundi hingga pukul 2 petang

DUA beradik,Ilia Insyirah Mahasan (kiri) dan kakaknya, Irfa Nurhani menunjukkan calitan dakwat pada jari selepas mereka mengundi di SMK Seri Perdana, KluanG.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota masih  rendah apabila hanya 38.53 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab hingga pukul 2 petang. 

Walaupun keadaan cuaca cerah pada waktu pagi serta pergerakan pengundi lancar, namun masih ramai daripada 66,318 pengundi belum mengundi.

SPR menjangkakan lebih 60 peratus akan keluar mengundi hari ini.

Dalam pada itu, hujan lebat pada pukul 2.45 petang ini diharapkan tidak menjejaskan jumlah pengundi yang akan keluar hingga pukul 6 petang.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya