PRK Mahkota: Isu sijil halal tidak jejas kerjasama DAP-UMNO - Utusan Malaysia

PRK Mahkota: Isu sijil halal tidak jejas kerjasama DAP-UMNO

TEO NIE CHING (dua dari kanan) menyantuni pengunjung pada Majlis Pembukaan Pusat Beli-Belah The Commune di Bandar Indahpura, Kulai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Perselisihan melibatkan beberapa pemimpin DAP dan UMNO berkaitan isu pensijilan halal tidak akan menjejaskan kerjasama kedua-dua parti semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Ketua Wanita DAP, Teo Nie Ching berkata, Pakatan Harapan (PH), khususnya DAP akan meneruskan kerja-kerja berkempen bagi calon UMNO seperti biasa dan berbeza pandangan adalah perkara biasa.

“Saya faham dalam isu ini (pensijilan halal) mungkin ada pandangan yang berbeza, tetapi ini tidak akan jejaskan kerjasama antara DAP dan UMNO serta PH dan Barisan Nasional (BN).

“Banyak pihak telah luahkan pandangan mereka, saya rasa itu adalah perkara biasa tetapi paling penting apabila pandangan itu diutarakan adalah bagaimana kita menjaga bahasa kita,” katanya selepas menghadiri Majlis Pembukaan Pusat Beli-Belah The Commune di Bandar Indahpura, di sini hari ini yang turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), Mohd. Fahmi Salam.

Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai turut memberitahu, pihaknya telah bersedia untuk menjawab persoalan berkaitan isu tersebut apabila dibangkitkan pembangkang semasa kempen PRK DUN Mahkota.

“Memang pembangkang akan mainkan apa-apa isu sahaja, tetapi tidak mengapa kerana itu perkara biasa. Sebaliknya yang penting adalah kita menjelaskan sebarang isu berbangkit kepada rakyat. 

“Ini bukanlah perkara yang telah dibuat keputusan oleh Jemaah Menteri. Jadi, kita alu-alukan pelbagai pandangan supaya dapat keputusan lebih komprehensif sebelum sebarang ketetapan dibuat,” jelasnya.

Terdahulu, Teresa Kok yang juga Naib Presiden DAP dilaporkan berkata, pelaksanaan pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan secara paksa kerana akan membebankan peniaga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya