PRK Mahkota: Hujan lebat tak 'rencat' kehadiran pengundi - Utusan Malaysia

PRK Mahkota: Hujan lebat tak ‘rencat’ kehadiran pengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Hujan lebat yang melanda pusat bandar tidak merencatkan hari pengundian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, petang ini.

Walau hujan lebat kira-kira pukul 2.40 petang, namun para pengundi tetap menuju ke pusat pengundian tempat mereka menunaikan tanggungjawab berkenaan.

Tinjauan Utusan Malaysia di Sekolah Agama Gunung Lambak, di sini mendapati para pengundi menggunakan payung menuju ke pusat berkenaan.

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut membantu memayungi para pengundi yang hadir ke pusat berkenaan.

SPR memaklumkan hingga pukul 2 petang, peratusan mengundi yang direkodkan sebanyak 38.52 peratus daripada jumlah keseluruhan 66,318 pemilih berdaftar.

PRK DUN Mahkota menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah, 40, dengan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar, 61. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya