PRK Mahkota: Dewan Tunku Ibrahim Ismail mula 'meriah' - Utusan Malaysia

PRK Mahkota: Dewan Tunku Ibrahim Ismail mula ‘meriah’

DEWAN Tunku Ibrahim Ismail, Kluang menjadi pusat penamaan calon PRK DUN Mahkota.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota mula dikerumuni para petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), termasuk petugas media sejak pukul 7 pagi.

Dewan Tunku Ibrahim Ismail yang menjadi pusat penamaan calon dikawal rapi oleh pasukan keselamatan bagi memastikan proses  penamaan calon PRK DUN Mahkota berjalan lancar.

Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis bertugas sepanjang proses penamaan calon hari ini.

Proses penyerahan borang pencalonan akan dibuka bermula pukul 9 hingga 10 pagi.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu. –  UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya