PRK Mahkota: Cuaca cerah, orang ramai mengundi awal - Utusan Malaysia

PRK Mahkota: Cuaca cerah, orang ramai mengundi awal

WARGA emas berisiko berdepan situasi didera dalam pelbagai bentuk jika usaha menangani tidak dimulakan dari sekarang. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Orang ramai mengambil peluang cuaca cerah pagi ini untuk menunaikan tanggungjawab mengundi bagi memilih wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota lebih awal.

Walaupun pusat mengundi hanya dibuka mulai pukul 8 pagi, namun ramai yang mula tiba dan berbaris seawal 7.30 pagi.

Misalnya di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana, di sini orang ramai berbaris menunggu giliran masing-masing untuk memasuki pusat berkenaan.

Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah, 40, dengan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar, 61.

 diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu.

DUN Mahkota mempunyai 66,318 pengundi.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya