KLUANG: Calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar paling awal tiba di pusat penamaan calon di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini.
Beliau yang tiba kira-kira pukul 8.30 pagi diiringi kira-kira 1,000 pemimpin dan penyokong termasuk Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Proses penyerahan borang pencalonan bermula pukul 9 hingga 10 pagi. – UTUSAN