KLUANG: Calon Barisan Nasional (PN), Syed Hussien Syed Abdullah, 40, tiba di pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini pukul 8.50 pagi.
Ketibaan beliau diiringi kira-kira 5,000 pemimpin dan penyokong parti termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi serta Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.
Proses penyerahan borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota bermula pukul 9 hingga 10 pagi. – UTUSAN