PRK Mahkota: Cabaran besar BN, pujuk 50% pengundi tinggal di luar - Utusan Malaysia

PRK Mahkota: Cabaran besar BN, pujuk 50% pengundi tinggal di luar

AHMAD ZAHID Hamidi melihat borang pencalonan Syed Hussien Syed Abdullah di pusat penamaan calon PRK DUN Mahkota di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Kira-kira 50 peratus pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota adalah pengundi luar, sekali gua menjadi cabaran besar kepada Kerajaan Perpaduan untuk  memujuk mereka pulang pada hari pengundian 28 September ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk mencari keadah bagi memastikan semua pengundi luar dapat balik menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. 

“(Cabaran dalam) tiga pilihan raya, iaitu Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac 2022, Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 pada Disember 2022 dan kini Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota untuk membawa para pengundi pulang untuk mengundi,” katanya ketika ditemui selepas mengiringi calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah mengemukakan borang pencalonan dalam PRK DUN Mahkota di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, kebolehan memahami dan berbahasa Mandarin membolehkan Syed Hussien mendalami budaya dan bahasa perantaraan dengan para pengundi Cina yang kira-kira 35 peratus pengundi di DUN Mahkota.

Katanya, sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien perlu mendapat sokongan kira-kira 51 peratus pengundi muda selain menyantuni pengundi berusia 40 tahun ke atas. 

“Kemenangan penyandang DUN Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain lebih 5,000 undi dalam PRN 15 bukan asas keyakinan BN dalam PRK ini. 

“Namun, perkhidmatan cemerlang ketika pentadbiran arwah secara tidak langsung akan dapat membantu Syed Hussien,” katanya. 

PRK DUN Mahkota menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Syed Hussien dan calon PN, Mohamad Haizan Jaafar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya