PRK Mahkota: BN lawan PN - Utusan Malaysia

PRK Mahkota: BN lawan PN

SYED HUSSIEN Syed Abdullah (kanan) bersalaman dengan Mohamad Haizan Jaafar selepas kedua-duanya diumumkan sebagai calon pada PRK DUN Mahkota.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN). 

Mendahului memasuki dewan penamaan calon ialah calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah, 40, diiringi pencadangnya, Law Mona dan penyokongnya, Abdul Qayum Shamsudin bagi menyerahkan borang pencalonanpg pada pukul 9 pagi.

Sementara itu, Mohamad Haizan Jaafar, 61, yang mewakili PN diiringi pencadangnya, Zulkiflee Yurani bersama penyokong, Kevin Wong mengemukakan borang pencalonan pada pukul 9.05 pagi.

Pengesahan pencalonan kedua-dua calon diumumkan oleh Pegawai Pengurusan Pilihan Raya, Azurawati Wahid pada pukul 10.15 pagi.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN