PRK DUN Mahkota hambar? - Utusan Malaysia

PRK DUN Mahkota hambar?

SYED HUSSIEN Syed Abdullah (kiri) bertemu orang ramai semasa berkempen di Taman Ilham, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Dakwaan sesetengah pihak bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota sebagai hambar sehingga timbul isu tidak mahu keluar mengundi sebagai kurang tepat dan berbeza daripada keadaan sebenarnya. 

Calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah berkata, pendekatan tidak mengadakan kempen secara berceramah kepada umum oleh jentera BN mungkin menjadi faktor dakwaan dan keadaan itu.

Sebenarnya perjalanan kempen rancak diadakan oleh semua jentera parti dalam Kerajaan Perpaduan yang mengadakan ceramah  berkelompok serta kunjungan dari pintu ke pintu untuk menemui pengundi. 

“Cara sentuhan ini dilihat lebih memberikan kesan dan sentuhan mendalam selain lebih mesra kepada pengundi. 

“DUN Mahkota bukanlah kawasan yang besar walaupun mempunyai lebih 66,000  pengundi, namun konsep kekeluargaan yang diamalkan oleh UMNO-BN membuatkan tiada masalah besar untuk mendekati masyarakat di sini,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

Menjelang hari mengundi awal esok, Syed Hussien berharap para pengundi berkenaan membuat pilihan bijak bagi membolehkan mereka menikmati setiap pembangunan yang dirancang oleh kerajaan negeri ketika ini. 

Beliau mengakui bukan seorang yang sempurna berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik sekiranya diberikan mandat untuk menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut.

“Pilihlah calon yang boleh memberi masa depan dan jaminan yang baik untuk anak bangsa dan masyarakat, jangan kita sia-siakan peluang yang ada untuk kita mengadaptasikan perkara-perkara kebaikan untuk semua,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya