Premis GISB di Terengganu ditutup

Premis GISB di Terengganu ditutup

SATU daripada restoran dipercayai milik GISB di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Tanjung, Kuala Terengganu ditutup sejak Jumaat lalu. – UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Premis perniagaan dipercayai milik Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) di bandar raya ini telah ditutup sejak Jumaat lalu.

Premis itu membabitkan restoran di Jalan Sultan Zainal Abidin serta sebuah kedai bakeri di Wisma Khaleeda, Jalan Tengku Mohamad dekat Gong Badak, Kuala Nerus.

Tinjauan mendapati kedua-dua premis terbabit sudah tidak beroperasi, namun tiada sebarang notis makluman berhubung penutupan itu.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), M. Rozi Budin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap organisasi tersebut setelah menerima keputusan daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri, sama ada wujud ajaran sesat dalam GISBH atau sebaliknya.

Menurutnya, anggota penguatkuasaan JHEAT masih memantau situasi semasa.

“JHEAT masih menunggu Jawatankuasa Fatwa Negeri sebelum mengambil tindakan.

“Apabila sudah ada keputusan, JHEAT boleh bertindak,” katanya ketika dihubungi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN