Port Dickson tidak terlepas hadapi masalah sampah hanyut - Utusan Malaysia

Port Dickson tidak terlepas hadapi masalah sampah hanyut

KEADAAN Pantai Tanjung Biru, Port Dickson yang dicemari sampah hanyut sebelum ia kemudiannya dibersihkan oleh pekerja pembersihan yang bertugas.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pantai-pantai peranginan di sekitar Port Dickson turut tidak lepas berdepan masalah pencemaran berpunca daripada sampah hanyut setiap kali berlakunya air pasang.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan, Cairul Hisham Jalaluddin berkata, pantai-pantai di Port Dickson sentiasa menerima sisa dari bawaan laut sama ada ketika air pasang besar dan air pasang biasa.

“Ia termasuklah pelbagai jenis sisa daripada kategori barangan plastik, polisterin, jaring nelayan dan kayu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, hasil tinjauan di Pantai Tanjung Biru, Port Dickson mendapati pelbagai jenis sampah hanyut seperti dahan kayu reput dan botol plastik ditemukan sepanjang pantai itu berpunca fenomena air pasang besar yang berlaku di beberapa buah negeri.

Keadaan tersebut dilihat mencemarkan keindahan pantai itu selain mendatangkan rasa kurang selesa pengunjung.

Sementara itu, Cairul Hisham berkata, bagi menguruskan masalah berkenaan, pihak syarikat konsesi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) melalui SWCorp sentiasa melaksanakan pembersihan mengikut jadual.

“Ia dengan menggunakan jentera Beach Comber secara berulang serta pembersihan secara manual bagi sisa kecil. Pembersihan sisa hanyut bagi kategori kayu dan sisa yang berat akan menggunakan jentera JCB bagi pengalihan sisa. 

“Selain daripada itu juga, pantai-pantai di Port Dickson juga seringkali menerima pelbagai usaha sama dari sukarelawan dari agensi serta pertubuhan bukan kerajaan dalam membuat pembersihan pantai,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN