Polis siasat pembuangan lapan tong didakwa sisa kima - Utusan Malaysia

Polis siasat pembuangan lapan tong didakwa sisa kima

Pukul kekasih
HUSSEIN Omar Khan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis melakukan siasatan terhadap pembuangan lapan tong berisi cecair dipercayai sisa kimia yang ditemukan dalam parit di Kampung Desa Aman, Sungai Buloh, dekat sini pada Selalu lalu.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan dibuka di bawah Seksyen 430 Kanun Keseksaan atas kesalahan bencana terhadap tali air.

“Setakat ini kita ada mengambil keterangan tiga saksi terdiri daripada pihak bomba, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan orang awam.

“Kita sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan dalang di sebalik kegiatan terbabit selain saksi berkaitan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Tambahnya, pihak polis telah menghantar sisa kimia terbabit kepada Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, lapan tong berkenaan sudah dibawa ke tapak pelupusan selamat di Bukit Tagar, malam tadi.

“Berdasarkan semakan awal yang dilakukan mendapati sisa kimia berkenaan disyaki sebagai larutan ammonia.

“Kami sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu (pembuangan bahan kimia berkenaan) bagi mengesan pelaku,” katanya.

Media semalam melaporkan kapan tong berisi cecair dipercayai sisa kimia dipercayai dibuang dalam parit di Kampung Desa Aman, Sungai Buloh, dekat sini selepas ditemukan Selasa lalu.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar dilapor berkata, sepasukan pegawai dan anggota daripada Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikerahkan ke lokasi sejurus dimaklumkan penemuan itu.

“Hasil pemeriksaan, lapan tong sisa buangan jenis cecair ditemukan dalam parit berkedalaman satu kaki dan pihak JAS mengambil sampel bagi tujuan penilaian,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya