Polis siasat jenayah terancang dalam GISBH, pengurusan dilarang tinggalkan negara - Utusan Malaysia

Polis siasat jenayah terancang dalam GISBH, pengurusan dilarang tinggalkan negara

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Polis tidak menolak kemungkinan siasatan membabitkan kes eksploitasi kanak-kanak di 20 rumah amal dibawah syarikat Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) turut menjurus kepada jenayah terancang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata, bagaimanapun, pada peringkat ini, pihaknya masih menumpukan pada kertas siasatan yang dibuka pada fasa pertama dan kedua siasatan Op Global.

“Ya, siasatan kita (polis) juga menjurus ke arah itu,”katanya dalam sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati terdapat struktur organisasi yang jelas dalam operasi rumah amal ini

“Siasatan awal mendapati, rumah amal di bawah syarikat ini akan diuruskan oleh pengurus untuk menyelia beberapa rumah bagi setiap zon.

“Semakan kami mendapati, mereka yang mengendali kanak-kanak ini adalah abang atau kakak yang berusia antara 17 hingga 20 tahun,” jelasnya.

Beliau menambah, kanak-kanak berkenaan juga akan dipindahkan dari satu rumah amal ke lokasi penempatan lain dari satu masa.

“Berdasarkan temubual terhadap mangsa, kita (polis) dimaklumkan mereka tidak duduk satu tempat sahaja tetapi berubah-ubah,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata, setakat ini,pengurusan tertinggi GISBH masih belum diambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Namun, kita telah mengeluarkan perintah larangan kepada mereka dari meninggalkan negara ini sebaik kertas siasatan dibuka kali pertama,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN