Polis rampas buku aurad muhammadiah, Al Arqam di Pasir Puteh

Polis rampas buku aurad muhammadiah, Al Arqam di Pasir Puteh

SEBAHAGIAN barangan berkaitan aurad muhammadiah dan Al Arqam selepas menyerbu rumah amal dan sekolah milik Global Ikhwan Services Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) di Gong Kulim, Pasir Puteh, Kelantan.-IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Polis merampas pelbagai jenis buku berkaitan aurad muhammadiah dan Al Arqam selepas menyerbu rumah amal dan sekolah milik Global Ikhwan Services Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) di Gong Kulim, di sini, hari ini.

Kesemua buku-buku itu ditemukan di dalam stor dalam rumah amal terbabit menerusi operasi selama tiga jam yang bermula pada pukul 9 pagi tadi.

Kesemua barangan rampasan itu dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, polis terpaksa memecahkan pintu rumah dan sekolah terbabit disebabkan selepas ia berkunci selain tidak berpenghuni.

Premis dan rumah amal terbabit didiami lebih 60 penghuni, sudah dikosongkan selepas polis melakukan serbuan di kediaman mereka di Panji, Kota Bharu, pada Sabtu lalu.

Selain polis, operasi itu turut disertai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheiak) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).

Utusan Online sebelum ini melaporkan, taktik pengikut Global Ikhwan & Services Berhad Holdings (GISBH) membakar dan menanam buku di tepi sungai di Kampung Panji di sini bagi mengaburi mata pihak berkuasa terbongkar selepas diserbu polis pagi tadi.

Serbuan pukul 7 pagi yang disertai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheik) itu mendapati buku jenis tebal dan besar itu ditanam bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN