Polis nafi Syed Hussien ada rekod jenayah - Utusan Malaysia

Polis nafi Syed Hussien ada rekod jenayah

SYED HUSSIEN SYED ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG – Polis menafikan calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussein Syed Abdullah mempunyai rekod jenayah.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, siasatan yang dijalankan berkaitan kes yang didakwa melibatkan Syed Hussein itu telah dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan diarahkan supaya tiada tindakan lanjut terhadap mana-mana pihak, termasuk Syed Hussein.

Terdahulu, kata beliau, polis mengesan satu pautan dalam laman media sosial https://www.facebook.com/share/v/TA9KEvvRDHZ6iqPd/?mibextid=oFDkn berkaitan dakwaan melibatkan Syed Hussein.

“Polis menasihatkan parti politik agar berkempen secara sihat dan tidak mengeksploitasi isu agama, raja dan kaum atau membuat kenyataan palsu terhadap individu lain.

“Orang ramai juga diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi atau mudah percaya kenyataan palsu tanpa ditentusahkan kesahihannya terlebih dahulu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Bahrin berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang dengan sengaja mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan kegentaran kepada awam.

Kelmarin, Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin meminta penjelasan Syed Hussien berkaitan dakwaan pernah ditangkap polis berhubung satu kes pukul.

Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard turut menunjukkan dokumen yang didakwanya laporan polis yang menyatakan Syed Hussien terlibat dengan kes jenayah itu.

Bagaimanapun, Syed Hussien menafikan dakwaan terbabit dan menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Chegu Bard. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN