Polis kesan pemandu trak pikup halang laluan Ambulans

Polis kesan pemandu trak pikup halang laluan Ambulans

TANGKAP layar kejadian pemandu trak pikap menghalang laluan ambulans dalam kejadian di Kampung Padang Lembek, Ketereh di Kota Bharu, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis mengesan pemandu trak pikap yang dipercayai menghalang laluan ambulans walaupun siren kecemasan dibunyikan beberapa kali dalam kejadian di persimpangan Padang Lembek, Ketereh di sini.

Kejadian yang kemudiannya tular di media sosial itu dipercayai berlaku pada pukul 2.14 petang pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, rakaman video berdurasi 46 saat di aplikasi TikTok itu memaparkan tindakan seorang pemandu trak pikap Mitsubishi Triton menghalang laluan ambulans.

Menurutnya, tindakan pemandu trak pikap itu melanggar peraturan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

“Pada masa sama, kita turut meminda pemandu ambulans dan trak pikap terlibat untuk hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik bagi membantu siasatan.

“Dalam Kaedah-Kaedah Lalulintas LN165/59 iaitu Kanun Lebuhraya ada menyatakan Peraturan 24 LN165/59 apabila menghampiri apa-apa kenderaan kecemasan seperti polis, bomba atau ambulans, bunyi siren atau loceng, tatacara pemanduan mestilah masuk ke sebelah kiri atau kanan dan berhenti untuk memudahkan laluan kenderaan kecemasan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Rosdi memberitahu, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kota Bharu Asisten Superintendan Boon Chun Yee 09-7752200.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya