Polis Kelantan beri latihan kepada pegawai, anggota persediaan hadapi MTL

Polis Kelantan beri latihan kepada pegawai, anggota persediaan hadapi MTL

MOHD.  Ali Tamby semasa sidang media di IPK Kelantan, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Kelantan telah memberikan latihan pegawai dan anggotanya sebagai persediaan untuk menghadapi banjir sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) yang di jadual bermula November nanti.

Pemangku Ketua Polis negeri Deputi Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, ia merangkumi pengendalian bot dan operasi menyelamat semasa banjir.

Menurutnya, selain itu beberapa aset termasuk kenderaan pacuan empat roda, van, lori dan bot termasuk bantuan sebuah helikopter sudah berada dalam keadaan siap sedia untuk berdepan sebarang kemungkinan.

“Kita (Polis Kelantan) sudah mengadakan mesyuarat dengan Pusat Bencana Negeri sebagai persediaan melaksanakan tugas sepanjang tempoh itu.

“Keseluruhannya, kita sudah bersiap siaga dan akan menempatkan pegawai serta anggota di daerah yang terlibat dengan banjir,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mohd. Ali memberitahu, MTL yang berlaku mungkin tidak menyebabkan bencana besar namun boleh membawa berlakunya banjir kilat, pokok tumbang ekoran hujan dan ribut petir.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN