Polis jumpa rangka bayi di Bypass Rawang

Polis jumpa rangka bayi di Bypass Rawang

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menemukan rangka manusia dipercayai bayi di kawasan Lebuhraya Rawang Bypass di Rawang, semalam.

Penemuan rangka itu dimaklumkan seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun ketika mencari barangan lama di kawasan berkenaan kira-kira pukul 1 tengah hari.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Mohd Asri Mohd Yunus berkata, tiada barangan seperti dokumen pengenalan diri atau telefon bimbit ditemukan bersama rangka itu.

“Polis masih meneruskan siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Mohd Asri meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641223 atau tampil ke balai polis berhampiran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN