Polis buru lelaki Rohingya dipercayai tikam teman wanita

Polis buru lelaki Rohingya dipercayai tikam teman wanita

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang wanita warganegara Indonesia berusia 40 tahun parah ditikam teman lelakinya yang merupakan etnik Rohingya dalam kejadian di Taman ACBE di Bahau, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, oleh itu polis kini sedang giat mengesan suspek yang dikenali sebagai Fozi Alam Mohamad Alam berusia 38 tahun yang melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal jenis SM Sport 110R dengan nombor plat NDL 8309.

Jelasnya, kira-kira pukul 5.30 pagi, polis menerima satu laporan dari seorang lelaki mengenai kejadian pergaduhan berlaku di sebuah rumah di taman tersebut.

LELAKI etnik Rohingya, Fozi Alam Mohamad Alam kini diburu polis selepas disyaki menikam teman wanitanya dalam kejadian di Taman ACBE di Bahau, Jempol, awal pagi tadi.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 pagi di rumah berkenaan. Suspek telah bertindak memukul mangsa dan mengambil sebilah pisau lalu terus menyerang mangsa. 

“Punca kejadian adalah disebabkan supek yang tidak bersetuju dengan hasrat mangsa hendak pulang ke Indonesia. 

“Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian muka, bahu kiri dan perut telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah  untuk rawatan lanjut,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Chang Hook lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya.

Sehubungan itu, polis menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk menyalurkannya ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol di nombor 06-4582222 atau Bilik Gerakan di nombor 06-4583449.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN