Pokok tumbang di Seputeh, dua cedera - Utusan Malaysia

Pokok tumbang di Seputeh, dua cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sejumlah kenderaan mengalami kerosakan, selain tiang telekomunikasi terjejas selepas sebatang pokok tumbang akibat angin kencang dan hujan lebat di Jalan Lazat 4, Seputeh, di Kuala Lumpur, malam semalam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, insiden itu menyaksikan sekurang-kurangnya dua orang yang berada di lokasi kejadian mengalami kecederaan ringan.

“Petugas dari Skuad Penyelamat, Skuad Kecemasan DBKL, pasukan Bomba dan Penyelamat serta Pejabat Cawangan Seputeh bersama beberapa buah jentera dikerahkan ke lokasi kejadian bagi melakukan kerja-kerja pembersihan segera,” katanya dalam hantaran media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN