PN tolak MoU kerana bertentangan perlembagaan - Muhyiddin

PN tolak MoU kerana bertentangan perlembagaan – Muhyiddin

MUHYIDDIN Yassin ditemui selepas menghadiri Dialog NGO Bersama Abah di Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Keputusan menolak Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan kepada pembangkang oleh Perikatan Nasional (PN) dilakukan ia kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, sekiranya kerajaan benar-benar ikhlas mahu membantu rakyat,  tiada keperluan mengemukakan sebarang MoU kerana peruntukan wajar disalurkan kepada semua Ahli Parlimen.

“Keputusan kita dah jelas, kita tolak MoU sebab ia jelas bertentangan dengan perlembagaan. Belajarlah daripada kita (PN). Kami tunai waktu kita jadi kerajaan, kita bagi (peruntukan) kepada semua, tak mohon pun, tak ada surat pun, jauh sekali MoU.

“Orang kata, kita berlapang dada. Lagipun pemberian ini kita tak tahu (jumlah) berapa banyak RM30 juta, RM300,000 saja ke atau RM30,000 tak tahu sebab dalam MoU itu tidak pula nyatakan,” katanya ketika ditemui pemberita usai menghadiri sesi Dialog Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Bersama Abah, di sini hari ini. 

Muhyidin yang juga bekas  Perdana Menteri berkata,  memandangkan sudah dua tahun rundingan diadakan, pihaknya kini berlapang dada dan akan membantu rakyat sekadar termampu.

“Rakyat susah kita tolong buat apa yang kita termampu buat, jangan salahkan kami sebab tak buat rundingan balas. Bagi saya, kalau kamu (kerajaan) nak bagi, bagilah,” katanya. 

Ditanya apakah tindakan PN itu akan merugikan rakyat, Muhyiddin menyalahkan Kerajaan Perpaduan.

“Siapa yang merugikan rakyat? Kami? Siapa merugikan, merekalah (kerajaan) pasal tak bagi kepada kami (peruntukan),” tambahnya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri merangkap Ketua Whip Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pihak pembangkang boleh mengemukakan cadangan baharu atau maklum balas tentang draf MoU dan dokumen sedia ada boleh dijadikan asas bagi perbincangan antara kedua-dua pihak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya