PN putuskan MoU peruntukan pembangkang Isnin ini

PN putuskan MoU peruntukan pembangkang Isnin ini

TAKIYUDDIN Hassan (dua kanan) melihat Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Kelantan Zamakhshari Muhamad menyampaikan hadiah kepada pemenang larian Kota Bharu Half Marathon di Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Kota Bharu, Kelantan hari ini.-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) berkemungkinan besar akan memutuskan Memorandum Persefahaman (MoU) berkait peruntukan pembangkang pada Isnin ini selepas mengadakan pertemuan dengan seluruh Ahli Parlimen gabungan itu.

Ketua Whipnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perbincangan itu akan turut disertai oleh Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kita bincang dan akan membuat pendirian sama ada bersetuju, tidak bersetuju atau bersetuju dengan syarat-syarat tertentu.

“Jadi kita harap perbincangan itu berjalan lancar dan satu keputusan dapat dicapai dengan sebaik mungkin,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Kota Bharu Half Marathon di Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Kota Bharu itu mengambil pendekatan mengunci mulut daripada memberikan sebarang komen berkait dengan isi kandungan MoU tersebut.

Utusan Onlin sebelum ini melaporkan, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan gabungan itu akan membincangkan perincian mengenai draf Memorandum Persefahaman (MoU) berkait peruntukan pembangkang pada 9 September.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, beliau sudah berbincang dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan satu sesi taklimat berkait perkara itu akan diadakan pada tarikh tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya