PM hadiri majlis makan malam kerajaan negeri Sabah - Utusan Malaysia

PM hadiri majlis makan malam kerajaan negeri Sabah

ANWAR Ibrahim bersama Hajiji Noor semasa majlis makan malam di Kota Kinabalu, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Magellan Sutera Harbour Resort pada pukul 7.27 malam tadi bagi menghadiri majlis makan malam kerajaan negeri Sabah.

Majlis makan malam itu diadakan sempena lawatan kerja Anwar selama dua hari ke Sabah.

Hadir sama pada majlis makan itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Majlis anjuran kerajaan negeri itu turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Shahelmey Yahya dan barisan menteri Kabinet Sabah serta Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Perdana Menteri dijadualkan merasmikan Karnival Segalanya Felda di Felda Sahabat Lahad Datu pada pukul 9.30 pagi dan seterusnya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada pukul 2.30 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya