PGA tahan dua lelaki leka pindah diesel untuk tujuan penyeludupan

PGA tahan dua lelaki leka pindah diesel untuk tujuan penyeludupan

KENDERAAN yang digunakan oleh suspek semasa melakukan aktiviti pemindahan diesel untuk tujuan penyeludupan selepas diserbu PGA di sebuah premis di sebuah lot kedai di simpang tiga Kampung Geting, Tumpat, Kelantan-IHSAN PGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menahan dua lelaki yang sedang leka memindahkan diesel untuk tujuan penyeludupan dalam serbuan di sebuah lot kedai di simpang tiga Kampung Geting di sini semalam.

Kedua-dua lelaki yang masing-masing berusia 47 dan 30 tahun itu ditahan menerusi rondaan Op Taring pada pukul 4 petang.

Komandernya Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, hasil pemeriksaan di lokasi membawa kepada penemuan lebih 4,000 liter minyak diesel sedang dipindahkan dari lori tangki jenis Hino ke lori jenis Isuzu. 

Menurutnya, kedua-dua suspek yang ditahan itu merupakan rakyat tempatan.

“Minyak diesel ini dipercayai mahu diseludup masuk ke Thailand menggunakan laluan yang tidak diwartakan oleh kerajaan.

“Anggaran keseluruhan rampasan berjumlah RM202,685 dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kedua-dua suspek dan barangan rampasan diserahkan ke Balai Polis Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya