Peserta himpunan RXZ bakal kena 'pukat' jika langgar undang-undang

Peserta himpunan RXZ bakal kena ‘pukat’ jika langgar undang-undang

MOHD. KHAIRI KHAIRUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Polis meningkatkan sekatan jalan raya untuk memastikan peserta mematuhi undang-undang sepanjang penganjuran Program RXZ Members 6.0 di Gong Badak, Kuala Nerus, dekat sini, pada 13 dan 14 September ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga akan mengadakan penguatkuasaan Op Khas Motosikal bagi menjamin kelancaran program tersebut.

Menurutnya, seramai 151 pegawai dan anggota polis serta JPJ akan bertugas bagi mengawal aliran trafik dengan lebih 80,000 peminat motosikal dijangka hadir pada program berkenaan.

“SJR akan ditingkatkan di kawasan panas (hotspot) yang dikenal pasti dan tindakan saman serta sita kenderaan boleh diambil jika ada peserta didapati melanggar peraturan ditetapkan.

“Pihak berkuasa juga boleh membatalkan permit penganjuran jika terlalu banyak aduan atau memperketatkan syarat agar penganjur terikat peraturan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Menurut Mohd. Khairi, pelbagai kesalahan dikesan pihak berkuasa pada penganjuran terdahulu antaranya tiada lesen memandu, ubah suai nombor pendaftaran dan ekzos serta tiada cukai jalan.

Tambahnya, seramai 292 saman polis dan 311 saman JPJ dikeluarkan pada program tahun lalu, selain empat kes kemalangan maut membabitkan peserta iaitu tiga di Kemaman dan satu di Hulu Terengganu.

“Saya mengalu-alukan kedatangan peminat sukan permotoran ke Terengganu tetapi ingin saya tegaskan mereka perlu mematuhi undang-undang jalan raya dan berhati-hati,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN