Perubahan cuaca, jadikan MetMalaysia rujukan utama

Perubahan cuaca, jadikan MetMalaysia rujukan utama

NIK Nazmi Nik Ahmad (kanan) semasa mengadakan lawatan ke Kampung Angkat Madani di Kampung Aril, Melor, Kota Bharu, Kelantan hari ini UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Orang ramai perlu menjadikan laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) sebagai rujukan utama dalam mendapatkan maklumat berkait perubahan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, maklumat atau amaran yang disalurkan itu bagi membolehkan rakyat membuat persiapan untuk berdepan sebarang perubahan cuaca termasuk bencana.

“Maklumat ini boleh didapati secara terus melalui laman sesawang METMalaysia. 

“Jadi saya berharap rakyat Malaysia dapat memberikan perhatian dan patuh kepada arahan yang dikeluarkan oleh METMalaysia,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Kampung Angkat Madani di Aril, Melor  di sini hari ini.

Nik Nazmi memberitahu, pada masa sama beliau mengingatkan kepada orang ramai supaya menjauhi aktiviti berkhemah di kawasan berisiko seperti kawasan pinggiran sungai dan cerun bukit.

Katanya, perubahan cuaca yang tidak menentu ketika ini dibimbangi boleh memberikan kesan terutama dalam aspek keselamatan.

Mengulas lanjut Ahli Parlimen Setiawangsa memberitahu, sistem amaran bencana di negara ini berfungsi dengan baik.

Katanya, beliau mahu seluruh rakyat Malaysia mengambil perhatian.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN