KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 9 dan 10 Disember ini bagi mendengar permohonan pihak pendakwaan agar tujuh pertuduhan yang dihadapi Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, digabung dan dibicarakan secara bersama. Bekas Perdana Menteri itu menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan RM232.5 juta dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang RM200 juta. Hakim Azura Alwi menetapkan tarikh sama bagi mendengar hujah pihak pembelaan untuk membatalkan permohonan penggabungan pertuduhan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin turut memohon tarikh perbicaraan ditetapkan tahun depan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya