Perlu satu kata putus berkaitan isu GISBH - Utusan Malaysia

Perlu satu kata putus berkaitan isu GISBH

AMINUDDIN Harun (tengah) ketika hadir merasmikan taman tema tertutup bersalji, SnowLim Wonderland di Seremban hari ini.-UTUSAN /NUR SHARIEZA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pihak berkuasa di negara ini khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu mengeluarkan satu kata putus berkaitan isu membabitkan Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd. (GISBH).

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, perkara tersebut penting agar rakyat mengetahui dan lebih memahami apa yang sebenarnya berlaku dalam negara ini berkenaan organisasi tersebut.

“Jika dilihat di media sosial macam-macam pandangan, idea dan kenyataan orang perseorangan tentang isu tersebut. Jadi saya harap pihak berkuasa harus mengeluarkan satu kata putus disamping kenyataan tegas untuk tindakan selanjutnya dapat dibuat. 

“Ini supaya orang perseorangan tersebut tidak terus memberikan pandangan masing masing, sebaliknya patuh kepada satu pandangan dari pihak berkuasa, itu maksud saya,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian SnowLim Wonderland di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan isu berkenaan GISBH ketika ini.

Mengulas mengenai keputusan diambil oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang mengisytiharkan GISBH sebagai kumpulan sesat, Aminuddin bagaimanapun berkata, kerajaan negeri menunggu keputusan yang akan diambil dari pihak yang lain juga. 

“Itu di Perlis, kita perlu tunggu yang lain juga. Maklumat satu pihak tidak boleh juga, jika ada keputusan bersama adalah lebih baik. Pihak berkuasa di negeri ini pun masih menjalankan penyelidikan rapi. Perkara sama turut diutarakan oleh Persatuan Peguam Syarie kepada saya tadi. 

“Pandangan itu kita beri perhatian tetapi saya ambil jalan supaya ada satu kata putus daripada pihak berkuasa sendiri,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau berkata, SnowLim Wonderland merupakan taman tema tertutup bersalji yang merupakan tarikan baharu yang ada di bandar ini yang boleh dikunjungi orang ramai.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN