Penyeludup lari tinggalkan 1,000 kg beras Siam

Penyeludup lari tinggalkan 1,000 kg beras Siam

BERAS Siam seludup yang dirampas PGA semasa melakukan serbuan di pangkalan haram Tengkorak, Pengkalan Kubor, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Sekumpulan penyeludup yang ligat memunggah 1,000 kilogram (kg) beras Siam seludup ke dalam sebuah lori lari lintang pukang selepas diserbu anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di pangkalan haram Tengkorak di sini semalam.

Serbuan pukul 9 pagi itu dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 9 PGA Kuantan semasa melakukan penugasan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.

Komander Briged Tenggara Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, sejurus menyedari kehadiran anggota bertugas kumpulan penyeludup itu terus bertindak melarikan diri.

Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dilakukan membawa kepada penemuan beras seberat 1,000 kg dianggarkan berjumlah RM95,400.

“Kita tidak menolak kemungkinan beras ini dibawa masuk melalui pangkalan haram untuk pasaran tempatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya