Penyelia kilang rugi lebih RM1 juta ditipu perniagaan dalam TikTok - Utusan Malaysia

Penyelia kilang rugi lebih RM1 juta ditipu perniagaan dalam TikTok

ORANG ramai dinasitakan tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan yang menawarkan pulangan lumayan dalam tempoh singkat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang penyelia kilang mengalami kerugian lebih RM1 juta akibat terpedaya dengan perniagaan yang diiklankan dalam aplikasi TikTok.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, wanita berusia 47 tahun itu mendakwa  mengetahui tentang perniagaan itu selepas mengenali seorang individu menerusi aplikasi Line, Julai lalu.

Perniagaan itu menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh masa singkat, namun mangsa perlu mendahulukan wang bagi membeli barangan ditempah pelanggan.

“Penghujung Julai lalu, mangsa membuat pembayaran pertama seperti diarah seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai operator TikTok dan menerima keuntungan sebanyak 50 peratus daripada jumlah dilaburkan.

“Setelah mempercayai perniagaan itu, mangsa mula membuat pelaburan lebih besar dengan melakukan beberapa transaksi berjumlah keseluruhan RM1,041,100 antara Julai hingga September ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mangsa hanya menyedari telah ditipu setelah keuntungan dijanjikan tidak diterima, selain cubaan berhubung dengan individu terlibat dalam perniagaan itu gagal.

“Mangsa kemudian membuat laporan polis tentang kejadian itu semalam. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya sambil menasihatkan orang ramai tidak mudah terpedaya dengan tawaran perniagaan atau pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya