Penjenayah maut ditembak polis di Rawang

Penjenayah maut ditembak polis di Rawang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Polis menembak mati seorang lelaki dalam kejadian di Kampung Baru Kundang, Rawang di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi ini, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) berbalas tembakan dengan sekumpulan individu yang juga penjenayah dikehendaki.

Difahamkan, suspek yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina dipercayai enggan memberhentikan kenderaan dan melepaskan tembakan ke arah polis.

Rentetan itu, pasukan polis melepaskan tembakan balas dan mengenai seorang suspek manakala beberapa suspek lagi berjaya ditahan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, maklumat lanjut akan dimaklumkan menerusi sidang media atau kenyataan media dalam masa terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN