Pengundi dinasihat keluar awal, petang diramal hujan - Utusan Malaysia

Pengundi dinasihat keluar awal, petang diramal hujan

PETUGAS SPR melakukan semakan dan pemeriksaan ke atas kertas undi di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Para pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dinasihatkan keluar awal berikutan keadaan cuaca yang diramaikan tidak menentu pada hari pengundian esok. 

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, cuaca diramalkan hujan waktu petang esok 

 “Jadi, para pengundi dinasihatkan untuk merancang perjalanan ke pusat mengundi dengan tidak menunggu saat akhir untuk ke pusat pengundian,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca cerah pada waktu pagi, namun dijangka hujan dan ribut petir pada petangnya.

 

Dalam pada itu, Ikmalrudin memberitahu, persiapan di 20 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dengan 109 saluran yang dipantau dan dikendalikan oleh 1,126 petugas SPR berjalan lancar

“Proses persiapan akhir menjelang hari mengundi esok berjalan lancar termasuk proses semakan borang dan dokumen berkaitan serta dalwat selain kertas undi diperiksa bagi tujuan PRK tersebut.

“Untuk itu, para pengundi diharapkan dapat keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mereka pada masa ditetapkan dan menyemak terlebih dahulu pusat mengundi masing-masing,” katanya.

PRK DUN Mahkota menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dengan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar. 

DUN Mahkota yang terletak di dalam Parlimen Kluang mempunyai 66,318 pengundi berdaftar termasuk 4,922 pegawai dan anggota polis serta tentera yang telah mengundi awal pada 24 September lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya