Pengikut GISBH bakar, tanam buku di tepi sungai

Pengikut GISBH bakar, tanam buku di tepi sungai

ANGGOTA polis membawa barang bukti yang ditemukan ditanam dan dibakar tepi sungai Kampung Panji, Kota Bharu, Kelantan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Taktik pengikut Global Ikhwan & Services Berhad Holdings (GISBH) membakar dan menanam buku di tepi sungai di Kampung Panji di sini bagi mengaburi mata pihak berkuasa terbongkar selepas diserbu polis pagi tadi.

Serbuan pukul 7 pagi yang disertai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheik) itu mendapati buku jenis tebal dan besar itu ditanam bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Selain itu, sebahagian lagi buku dilihat sudah dibakar dan keadaan lokasi masih berbau asap.

Tindakan tersebut dipercayai dilakukan selepas Pegawai Eksekutif GISBH ditahan polis kelmarin.

Pada masa sama, terdapat lebih 30 penghuni termasuk lebih 20 kanak-kanak yang mendiami tiga kediaman itu.

Kebanyakan penghuni di kediaman terbabit adalah keluarga kepada Ketua Pegawai Eksekutif GISBH termasuk isteri, menantu dan cucu.

Berdasarkan penghuni terbabit, mereka sudah mendiami kediaman itu sejak puluhan tahun lalu dengan ahli yang sering bertukar-tukar.

Utusan Online sebelum ini melaporkan, etua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan penahanan 19 individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) dan isterinya awal pagi ini bagi siasatan susulan serbuan 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan dalam Op Global pada 10 September lalu.

Razarudin memberitahu Utusan Malaysia, kesemua individu berkenaan termasuk CEO GISBH dan isterinya ditahan kira-kira pukul 5.40 pagi tadi selepas menyerbu empat unit kondominium di Jalan Imbi, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN