Pengguna laluan Jelawang-Gua Musang rakam kemunculan harimau belang

Pengguna laluan Jelawang-Gua Musang rakam kemunculan harimau belang

TANGKAP layar kelibat seekor harimau belang yang sedang melintasi jalan Jelawang-Gua Musang, Kuala Krai, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Pengguna lalaun Jelawang-Gua Musang di sini sempat merakam kelibat seekor harimau belang yang sedang melintasi jalan itu semalam.

Rakaman berdurasi 23 saat itu dimuat naik ke laman sosial Facebook oleh seorang individu yang dikenali sebagai Ahmad Faisal Abas.

Perkongsian Ahmad Faisal itu dikongsi oleh 105 orang pengguna Facebook dan menerima 232 reaksi.

Ahmad Faisal menerusi hantaran itu menulis status Maybank kat jalan Jelawang Gua Musang.

Sementara itu Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negera (Perhilitan) Kelantan Mohamad Hafid Rohani mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN