SEREMBAN: Seorang pengerusi sebuah pusat pengajian agama swasta di Port Dickson dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban semalam atas tiga pertuduhan mencabul atau melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun. Bagaimanapun, tertuduh Mohd. Hafidz Eshak, 44, membuat pengakuan tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Mohamad Kamil Nizam. Bagi pertuduhan pertama, tertuduh yang diwakili peguam, Datuk Hanif Hassan dan Nur Haifa Husna Zuhaimi didakwa telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan pada ketika itu berusia 13 tahun sembilan bulan. Perbuatan itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya