Pengendali aliran tunai GISBH dikenali ‘Tuan Usu’ sudah ditahan- KPN - Utusan Malaysia

Pengendali aliran tunai GISBH dikenali ‘Tuan Usu’ sudah ditahan- KPN

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan penahanan individu penting dalam rangkaian Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) iaitu Shuhaimee Mohamed.

Berdasarkan maklumat laman Facebook PUKAS Malaysia, Shuhaimee yang turut dikenali dengan panggilan Tuan Usu, disyaki adalah antara individu penting bagi mengendalikan aliran tunai untuk GISBH.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Shuhaimee telah ditahan dalam Op Global Fasa 4, di Butterworth, Pulau Pinang, Sabtu lalu.

“Penahanan Shuhaimee dibuat selepas pihak polis memberkas pemimpin utama GISBH, Nasiruddin Mohd. Ali di ibu negara, minggu lalu.

“Pada masa ini siasatan susulan masih dijalankan terhadap Shuhaimee bersama beberapa pemimpin lain termasuk meneliti segala akaun berkaitan dengannya.

“Dari situ kita akan jejak segala bentuk transaksi yang berkemungkinan mempunyai kaitan dengan GISBH,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Minggu lalu, seramai 19 individu dipercayai kepimpinan tertinggi GISBH ditahan di sebuah residensi di Jalan Imbi, di sini, pada 19 September lalu.

Mereka yang ditahan termasuk Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, Nasiruddin, isteri dan dua anaknya dalam serbuan yang dilakukan pada pada 5.40 pagi.

Dalam perkembangan sama, laman Facebook PUKAS turut mendedahkan kutipan sumbangan yang diperoleh GISBH melebihi RM2.3 juta melalui 58 zon di seluruh dunia.

PUKAS mendakwa, duit akan diuruskan oleh wakil-wakil setiap zon melalui akaun peribadi, wang tunai, emas sebelum disalurkan kepada pengutip atau pengumpul dana iaitu Shuhaimee dan seorang wanita dikenali sebagai Hamimah.

Wang berkenaan akan diagihkan kepada 10 individu penting sama ada untuk disimpan atau digunakan untuk membeli aset-aset di atas nama peribadi ahli-ahlinya selain sebahagian kecil untuk pengaliran tunai perniagaan anak-anak syarikat di bawah GISBH.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya