Pengemis OKU warga China peroleh RM10,000 sebulan

Pengemis OKU warga China peroleh RM10,000 sebulan

Seorang daripada pengemis OKU warga China yang ditahan Jabatan Imigresen dalam Op Serkap yang dijalankan di sekitar Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sikap pemurah rakyat tempatan dipercayai antara punca sindiket pengemis warga asing mengambil kesempatan dengan mengemis di pasar malam di sekitar bandar raya ini.

Pengarah Imigresen negeri, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus berkata, bermodalkan kekurangan fizikal seperti tiada tangan atau kaki, seorang pengemis mampu memperoleh sehingga RM10,000 sebulan.

Perkara itu terbongkar setelah pihaknya berjaya menahan empat pengemis orang kurang upaya (OKU) dalam Op Serkap, selama dua hari.

“Kegiatan mereka ini dipercayai diatur satu sindiket dan dilakukan secara berkumpulan selain sering berpindah-randah. Semasa operasi dilakukan, terdapat cubaan melarikan diri ke Ipoh, Perak dengan menaiki bas.

“Turut dirampas daripada empat lelaki warga China berusia antara 36 hingga 67 tahun adalah wang tunai lebih RM9,000 yang dipercayai hasil kegiatan mengemis,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Mohd. Rusdi berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki pas atau permit sah berada di negara dan Seksyen 15(1(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa.

Beliau turut meminta orang ramai menyalurkan maklumat tentang kegiatan seumpama itu di kawasan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya