Pengawal nyaris maut pondok keselamatan dihempap pokok bunut

Pengawal nyaris maut pondok keselamatan dihempap pokok bunut

ANGGOTA bomba sedang melakukan kerja-kerja memotong sebatang pokok bunut yang tumbang menghempap pondok pengawal di SMK Kadok, Kota Bharu, Kelantan malam tadi-IHSAN BOMBA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dua pengawal nyaris maut selepas pondok keselamatan tempat mereka bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kadok di sini dihempap pokok bunut bersaiz berukur lilit tiga meter yang tumbang dalam kejadian ribut malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8 malam sebelum dua lelaki berusia dalam lingkungan 40 dan 50-an itu sempat berlari keluar ke kawasan yang berhampiran sekolah.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Balai Ketereh, Hasri Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkait kejadian itu pada
pukul 8.24 malam sebelum sembilan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sejurus tiba bomba mendapati pokok itu menghempap pondok pengawal dan pintu pagar utama sekolah berkenaan.

“Anggota bomba menjalankan kerja-kerja memotong pokok tersebut terutamanya bahagian dahan untuk mengelakkan menghalang laluan pelajar untuk masuk ke sekolah.

“Kerja-kerja memotong pokok tumbang itu mengambil masa hampir dua jam sebelum pintu pagar utama sekolah tersebut boleh dilalui oleh kenderaan dan pelajar,” katanya.

Hasri memberitahu, pemeriksaan mendapati, tanah di kawasan itu berpasir sekali gus menyebabkan pokok tersebut tumbang apabila berlaku hujan dan ribut kuat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN