Penduduk Sembulan pertahan tanah diduduki hingga titisan darah terakhir - Utusan Malaysia

Penduduk Sembulan pertahan tanah diduduki hingga titisan darah terakhir

PENDUDUK Kampung Sembulan menghadiri perjumpaan bersama wakil kerajaan di Dewan Sembulan, Kota Kinabalu semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: “Tidak ada lagi tolak ansur daripada kami. Sehingga titisan darah terakhir kami tetap mahu dua perkara iaitu benarkan penyambungan semula pajakan tanah dan wartakan tanah seluas 3.5 ekar sebagai perkampungan,”.

Itu luahan Pengerusi Pertubuhan Penduduk dan Kebajikan Kampung Sembulan, Osman Omar Khan yang mewakili suara lebih 1,000 penduduk yang berhadapan tindakan pengusiran susulan rancangan kerajaan melaksana Skim Pembangunan Semula Bandar Sembulan.

Beliau berkata, mereka tidak membantah kawasan itu dibangunkan semula namun, kerajaan perlu bertimbang rasa dan menyediakan rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi membolehkan mereka berpindah.

Katanya, tanah yang diduduki itu adalah tanah bergeran dan bukannya tanah rizab kerajaan. Namun, tanah yang dimiliki kira-kira 200 orang penduduk itu telah dimasukkan dalam kawasan Skim Penempatan Semula Bandar Sembulan tanpa mendapat persetujuan pemilik tanah.

Beliau mendakwa kerajaan sebelum ini menggunakan taktik kotor untuk mengambil kawasan berkenaan. Tanpa berbincang dengan pemilik tanah, kerajaan masukkan kawasan itu dalam Skim Pembangunan Semula supaya pemilik tanah yang terdiri daripada bumiputera tidak boleh menyambung pajakan tanah.

Apabila tempoh pajakan tamat, kerajaan memasukkan tanah tersebut di bawah Skim Penempatan Semula tanpa berbincang dan memaklumkan kepada pemilik asal tanah yang tinggal di kawasan tersebut sejak berpuluh tahun.

Osman berkata, beliau berpuas hati apabila kerajaan memberi kelonggaran untuk menangguhkan notis pengosongan selama 14 hari itu dan beliau akan menunggu keputusan kerajaan pada 8 Oktober ini.

Katanya, sekiranya keputusan pada 8 Oktober tidak berpihak kepada penduduk, mereka mungkin akan mengadakan perjumpaan besar-besaran untuk meraih simpati Ketua Menteri dan beliau percaya Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor adalah seorang yang prihatin.

Semalam, buat kali pertama kerajaan mengadakan perjumpaan dan sesi dialog bersama penduduk Kampung Sembulan buat kali pertama selepas notis pengosongan rumah selama 14 hari dikeluarkan pada 19 September.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN