BAGAN DATUK: Penduduk Kampung Sungai Pergam dan Kampung Sungai Dulang di sini menyambut baik projek membina dan menaik taraf jalan utama bernilai RM88 juta. Mereka yang ditemui memberitahu sudah lama menunggu laluan tersebut dibina baharu dan dinaik taraf disebabkan keadaannya yang sempit. Mohd. Nazwan Sunasi, 37, berkata, jalan sedia ada agak sempit sehinggakan sukar untuk kenderaan berselisih. Menurutnya, keadaan itu menyebabkan perjalanan menjadi sukar dan mengambil masa lebih lama untuk ke pekan Bagan Datuk. “Saya amat bersyukur dengan pengumuman kerajaan untuk melebarkan jalan ini. Selama ini penduduk mengalami masalah kerana…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya